+0143683269

Percukaian SME & E-Invois

๐‰๐จ๐ฆ ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ข ๐ค๐š๐ฆ๐ข ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฅ๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐œ๐ฎ๐ค๐š๐ข๐š๐ง ๐’๐Œ๐„ ๐๐š๐ง ๐ž-๐ˆ๐ง๐ฏ๐จ๐ข๐ฌ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ก๐š๐ง๐ ๐š๐ญ ๐๐ข๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐›๐ข๐๐š๐ง๐  ๐ฉ๐ž๐ซ๐ง๐ข๐š๐ ๐š๐š๐ง ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ข๐ง๐ข ๐๐š๐ง ๐ฌ๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฆ๐š๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ง๐ข๐š๐ ๐š๐š๐ง ๐š๐ง๐๐š.

PENGENALAN

 

Kursus ini dikhususkan untuk membantu individu dan perniagaan kecil dan sederhana (SME) memahami prinsip-prinsip asas percukaian di Malaysia. Percukaian adalah aspek penting dalam pengurusan kewangan perniagaan, kerana ia mempengaruhi aliran tunai dan strategi perniagaan. Dalam kursus ini, kita akan membahas tentang jenis-jenis cukai yang relevan dengan SME, termasuk cukai pendapatan, cukai jualan, dan cukai perkhidmatan. Selain itu, modul ini juga akan menekankan pentingnya pengurusan rekod dan invois yang betul untuk tujuan percukaian.

E-Invois adalah sistem digital yang digunakan untuk mengeluarkan dan mengurus invois dalam talian. Ia telah menjadi wajib bagi banyak perniagaan di Malaysia sejak 1 Ogos 2024, terutamanya bagi mereka yang mempunyai perolehan tahunan melebihi RM100 juta. E-Invois bukan sahaja meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran cukai tetapi juga membantu dalam pengurusan rekod perniagaan secara digital. Dalam kursus ini, kita akan memfokuskan bagaimana menggunakan Portal MyInvois untuk mengeluarkan e-invois, serta kelebihan menggunakan sistem ini dalam pengurusan percukaian perniagaan.

 

BAHASA:

 

Bahasa Melayu

 

SIAPA YANG PERLU HADIR


ยท         Individu atau Pemilik perniagaan SME

ยท    Pekerja/Pegawai Kewangan perniagaan/syarikat

ยท    Usahawan yang ingin menyelesaikan masalah perekodan Kewangan perniaagan

ยท    Individu yang terlibat dalam operasi kewangan dan cukai syarikat

 

BONUS UNTUK PESERTA:

 

โ€ข Senarai Semak Maklumat Percukaian

โ€ข Senarai Semak Pematuhan E-Invois

โ€ข Sesi Konsultasi selepas latihan

 

 

Jika syarikat anda membayar levi, kursus ini adalah PERCUMA kerana ia boleh dituntut di bawah skim ๐‡๐‘๐ƒ๐‚๐จ๐ซ๐ฉ ๐‚๐ฅ๐š๐ข๐ฆ๐š๐›๐ฅ๐ž ๐‚๐จ๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ž. Dan jika anda ingin menyertai kami atas dasar pembayaran sendiri (bayaran tunai), kami dengan mesra mengalu-alukan anda sebagai peserta kami. 

Jika anda berminat dan ingin butiran lanjut, sila hubungi kami dengan mengimbas Kod QR dan klik butang di bawah...

qr code gqc
Contact Us